KAMI INGIN....

Mendapatkan gred Kepujian A1 atau A2 untuk Bahasa Melayu!
Belajar bersungguh-sungguh!
Cuba dan cuba dan cuba lagi!
Membuat Cikgu Hezrina bangga akan kami!!

Wednesday, June 09, 2010

Komersial Petronas Hari Raya 2006

Ketaatan & Pengabaian Ibu bapa



Mereka juga mempunyai perasaan tetapi mengapa mereka dibuat sedemikian?
Merekalah pada suatu masa dahulu menjaga, mendidik dan mengasuhmu dengan penuh kesungguhan tanpa pernah mengenali erti rasa penat.
Bayangkan anak-anakmu berbuat begitu kepadamu.... apakah perasaanmu?

Apakah salah mereka dan wajarkah mereka dibuat sedemikian? Renungkanlah...

7 comments:

  1. Apabila mereka mencapai kehidupan orang tua, mereka cenderung bertindak seperti bayi. Mereka juga tidak dapat melalukan semua yang dapat mereka buat seperti dahulu.Kesihatan mereka akan memburuk apabila hari berlalu dan akan menjadi lebih buruk jika tidak diurus dengan betul. Apabila tua, mereka juga tidak akan ada begitu tenaga untuk membuat urusan yang ringan pun, seperti apabila minum dari cawan kerana tangan mereka akan gementar. Walau bagaimanapun, tidak ada alasan bahawa anak-anak orang tua semestinya marah atau menepikan orang tua tersebut kerana, mereka pun tidak mahu untuk berada dalam situasi semacam itu. Manakala, mereka tetap hendak menjaga ibu bapa mereka kerana mereka jugalah yang melahirkannya kepada dunia ini. Itulah cara-caranya untuk menunjukkan penghargan mereka kepada ibu bapanya mereka.

    Jikalau anak-anak saya membuat sedemikian kepada saya, saya akan berasa sangat sedih, marah dan juga menyesal membawanya kepada dunia ini walaupun saya mengatasi semua keadaan. Ini ialah kerana anak saya tidak bersyukur atas semua yang saya mebuat untuknya. Juga, saya akan berasa sangat sedih kerana kasih yang saya ada terhadapnya. Pada pandapat saya kesalahan mereka ialah kerana tidak mengambil tanggung jawab atas ibu bapanya dan berfikir yang orang tua selalu menganggu. Saya juga berpendapat yang berbuatan mereka tidak wajar kerna tidak membawa faedah terhadap ibu bapa dan juga dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Mereka dibuat sedemikian kerana anak-anak pada zaman ini selalunya mementingkan harta dunia sahaja. Mereka tidak menghiraukan perasaan atau keperluaan orang tua mereka. Apa yang mereka fikirkan ialah hanya kehendak dan keperluan diri mereka sendiri. Walaupun itu, saya tidak mempersalahkan mereka dengan sepenuhnya kerana mereka terpaksa berkelakuan sedemikian untuk setaraf dengan masyarakat. Adakalanya, orang-orang tua juga dibuat demikian kerana mereka tidak berani hendak meluarkan perasaan mereka. Mereka hanya menelan apa yang dilemparkan ke arah diri mereka. Dengan itu, masalah ini akan berterusan tanpa arah tujuan.

    Untuk mengatakan bahawa mereka tidak salah dengan sepenuhnya, ia tidak benar. Ada orang tua yang tidak pandai membawa diri jika mereka diberi tumpangan. Mereka terlalu menyusahkan anak-anak walaupun mereka tahu yang anak-anak mereka sedang sibuk dengan kehidupan mereka sendiri. Ada juga orang-orang tua yang tidak mendidik anak-anak mereka dengan betul ketika mereka membesar. Selain itu, ada juga orang-orang tua yang tidak menunjuk contoh yang baik kepada anak mereka. Orang-orang tua itu mungkin pernah mengabaikan ibu bapa mereka sendiri. Dengan itu, banyak faktor-faktor yang harus dipertimbangkan.

    Wajarkah mereka dibuat sedemikian? Tidak. Apapun kesalahan diri mereka, orang-orang tua tidak seharusnay diabaikan atau diketepikan kerana tidak banyak sedikit, mereka telah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka, tidalah kita di dunia ini. Kita juga tidak ingin dibuat sedemikian apabila kita menjadi tua suatu hari. Orang-orang tua harus diberikan kasih sayang dan hormat yang sepenuhnya kerana merekalah yang telah membolehkan kita untuk hidup di dunia ini dengan selesa.

    Jika anak-anak saya berbuat begitu kepada diri saya, saya akan berasa sungguh hampa pada mulanya. Ini bukan kerana saya harus tinggal bersendirian atau jasa saya tidak dikenang tetapi itu adalah satu tanda yang saya gagal sebagai seorang ibu. Sebagai seorang ibu, saya akan mendidik anak-anak saya untuk menjadi seseorang yang berguna bukan sahaja di mata masyarakat, tetapi juga berguna untuk keluarganya. Saya akan memberikan yang terbaik buat mereka. Tetapi jika mereka tidak boleh berbuat demikian untuk saya, saya tidak kisah kerana saya faham akan keperluan diri mereka. Saya tidak akan membuat hal yang besar atas masalah ini, sebaliknya saya akan berdiam diri dan menunggu mereka untuk membuat sesuatu.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa mereka dibuat sedemikian kerana mungkin anak-anak mereka sudah tidak hiraukan lagi tentang mereka dan perasaan mereka. Anak anak mereka munkin lebih mementingkan harta dunia dan merasakan bahawa menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua itu satu kesusahan dan sesuatu yang membebankan diri mereka.

    Tentu sekali saya akan berasa sedih dan tidak akan dapat menerima keadaan bahawa anak saya sendiri sudah tidak mahu menjaga saya lagi. Saya akan mula tertanya-tanya apa kesalahan yang telah saya lakukan terhadap mereka. Saya akan berasa sungguh hampa terhadap sikap mereka kerana setelah menjaga-dan mendidik mereka dari kecil tentang betapa pentingnya ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa, mereka tetap dengan pendirian mereka dan mengabaikan saya. Walaubagaimanapun saya akan cuba berbual dengan mereka dan bertanya kepada mereka mengapa saya dibuat begini dan dari situ cuba menyelesaikan asalah tersebut.

    Saya berpendapat bahawa mereka tidak patut dibuat dan dilayan seperti itu kerana orang tua juga mempunyai perasaan walaupun selalunya mereka akan menyimpan perasaan mereka dan tidak memberitahu anak-anak kerana takut akan menyinggung ataupun membuat anak-anak berasa marah terhadap mereka. Walaubagaimanapun, sebagai anak kita harus ingat tentang jasa mereka dan membalas jasa mereka dengan cara yang baik dan ikhlas. Sebagai anak juga kita patut menghargai titik peluh mereka membesarkan kita di dunia ini, menyayangi mereka dengan sepenuh hati kita dan sentiasa menghormati mereka.

    ReplyDelete
  4. Saya berpendapat bahawa anak-anak mereka membuat sedemikian kerana mereka tidak kesah perasaan ibu bapa mereka yang menjaga mereka sejak mereka bayi. Mereka juga mementingkan perkara lainan seperti kerja atau harta benda. Mereka juga tidak suka menjaga ibu bapa tua mereka kerana ia akan menyusahkan mereka dan juga mengacau rumahtangga mereka.

    Jika anak-anak membuat sedemikian kepada saya, saya akan berasa amat sedih kerena saya sudah menjaga, mendidik dan mengasuhmu dengan penuh kesungguhan tanpa pernah mengenali erti rasa penat. Saya juga akan berasa marah kerana saya sudah mengorbankan masa saya untuk menjaga mereka apabila mereka kehendaki saya, kenapa mereka tidak boleh menjaga saya apabila saya kehendaki mereka. Saya juga akan berfikir apa saya telah buat salah apabila saya menjaga mereka untuk menerima sedemikian.

    Pada pendapat saya, mereka salah ialah mereka tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa mereka yang sudah tua. Mereka patut mebebankan kesusahan ibu bapa mereka dan jangan menambakannya.Ia tidak wajar mereka mebuat sedemikian kerena patut sentiasa menghargai ibu bapanya yang sudah mengorbankan untuk mereka. Mereka patut menolong ibu bapa mereka dan asyik menghormati danmenyayangi mereka sepanjang akhir hayat.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya orang-orang tua ini dibuat sedemikian kerana mereka bersikap seperti budak-budak.Seperti contoh, mereka tidak mampu memegang dan meminum air dengan sendiri.Mereka harus dibantu jika mahu minum ataupun makan.Dengan ini anak-anak mereka mendapati orang tua mereka sebagai satu beban dan menyusahkan hidup mereka.Walaubagaimana pun,kita sepatutnya menghormati mereka kerana jasa ibu bapa tidak boleh terbalas.

    Jika anak-anak saya berbuat begitu kepada saya,tentu sekali saya akan rasa kecewa kerana sebagai ibu, saya telah mengorbankan nyawa dan telah mendidik serta mengasuh mereka.Mereka sepatutnya menjaga saya dalam keadaan apa pun.Juga,saya kecewa kerana gagal menjadi seorang ibu yang bertanggungjawab.Tambahan pula, saya akan berasa sedih kerana diaggap menyusahkan dan tiada guna kepada keluarga anak-anak saya.

    Sebenarnya mereka tidak pun buat apa-apa kesalahan tetapi orang-orang tua sebegini hanya perlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari anak-anak mereka.Justeru sebagai anak, kita harus membalas jasa ibu bapa kita dengan meluangkan masa bersama mereka dan memberi mereka sepenuh perhatian serta kasih sayang.Saya percaya mereka tidak mahu lebih dari itu.Harta dunia tidak akan bermakna apa-apa pun di masa-masa tua mereka.Dengan ini, kita tidak wajar berbuat mereka sedemikian.Kita harus ingat bahawa mereka telah memberi kasih sayang mereka kepada kita semasa kita kecil.Apa salahnya kita membalas dengan hanya memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian yang diperlukan kepada mereka.Kasih sayang kedua orang tua kita tidak akan dapat terbalas. nazar:)

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat saya ibu bapa dibuat sedemikian kerana anak-anak pada zaman ini tidak mementingkan ibu bapa mereka.Malahan mereka mementingkan kehidupan mereka sendiri seperti kawan-kawan,pekerjaan,rumah tangga dan sebagainya.Mereka tidak sedar bahawa ibu bapa mereka telah menjaga mereka sejak mereka dilahirkan.

    Kalau perkara ini berlaku kepada saya,saya tentu akan berasa sangat kecil hati.Saya mungkin tidak akan boleh menerima kenyataan kerana tidak sangkah bahawa mereka sanggup melakukan sedemikian terhadap saya.

    Perkara ini memang tidak patut berlaku kerana anak-anak harus menjaga ibu bapa mereka walau apa pun yang terjadi kerana apa pun yang mereka lakukan ianya tidak akan mengcukupi untuk membalas jasa ibu bapa mereka.Tetapi perkara ini pun boleh berlaku kerana ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka dengan betul.

    Nadiah Zainul

    ReplyDelete
  7. Sebagai seorang anak, mereka harus berasa sensitif kepada perasaan orang tua mereka. Anak-anak perlu peka terhadap perasaan orang tua yang memerlukan perhatian,kasih sayang dan komunikasa di antara anggota-anggota keluarga mereka. Wang ringgit tidak memeberi kebahagian dan bukan segala-galanya bagi mereka.

    Jika saya menghadapi situasi yang sama dengan bapanya, saya bukan sahaja akan berasa marah malahan sedih dan pasrah kerana akan tertanya-tanya apakah kesalahan saya yang membuat anak-anak saya membuat sedemikian. Sebab itulah komunikasi sungguh penting bagi mengeratkan lagi silaturahim keluarga serta memahami perasaan di antara satu sama lain.

    ReplyDelete