KAMI INGIN....

Mendapatkan gred Kepujian A1 atau A2 untuk Bahasa Melayu!
Belajar bersungguh-sungguh!
Cuba dan cuba dan cuba lagi!
Membuat Cikgu Hezrina bangga akan kami!!

Thursday, April 01, 2010


  ...."Anak Wayang" adalah insan seni yang memperjuangkan diri dalam bidang seni yang diminati yang telah mendarah daging dalam diri mereka. Oleh kerana minat yang mendalam, dedikasi, komitmen dan usaha gigih, mereka terus terlibat menjadi "Anak Wayang" yang berbakat, bermartabat dan beradab.Tujuan utama pementasan ini agar arah tuju untuk usaha memertabatkan seni menjadi tanggungjawab bersama, disamping dapat mengeratkan silaturahim....
(dipetik dan diubahsuai oleh publikasi Pementasan Anak Wayang 2010)




       Kami berasa amat beruntung kerana telah diberi peluang dari pihak sekolah untuk menghadiri pementasan ini dengan Kelas Bahasa Melayu kami. Pementasan ini merupakan sambungan dari sebuah lagi pementasan yang telah kami hadiri tahun lalu iaitu pementasan "Towkay Wayang".

      Kami dapat mempelajari banyak perkara semasa pementasan ini dipentaskan oleh artis-artis yang berbakat. Penari dan pemain muzik tidak kurang juga hebatnya. Yang paling menarik sekali ialah muzik-muik yang dimainkan secara langsung. Muzik-muzik tersebut penuh dengan irama dan emosi. Kebolehan kumpulan Sri Mahligai bermain alat-alat muzik tersebut sungguh mengkagumkan.



     Pengajaran yang kami perolehi daripada pementasan ini tentulah banyak sekali di antaranya mengenai sejarah anak-anak wayang pada zaman dahulu. Ia sungguh menyeronokkan menonton klip-klip video mereka. Yang paling mencuitkan hati kami ialah puteri Marina Yusoff, Noshin Putri. Sungguh berbakat walaupun baru berusia empat tahun!

SYABAS ANAK WAYANG!!

16 comments:

  1. Towkay Wayang adalah pementasan yang amat menarik dan ia juga telah menunjukkan budaya Melayu.Ini boleh dilihat dari segi pakaian, tarian dan muzik Melayu.Kami,amat beruntung kerana dapat menghadiri pementasan ini dan dapat berjumpa dengan artis sebagai Marina Yusoff dan juga Som Said.Di akhir pementasan ini, kami juga dapat bergambar dengan semua penari dan pelakon.Jika diberi peluang sekali lagi untuk menghadiri pementasan sedemikian, saya tentu akan menghadirinya.NaZAR:)

    ReplyDelete
  2. Saya menghadiri pementasan Towkay Wayang. Ia amat menyedihkan tetapi menghiburkan. Ia diadakan di dalam masa zaman dahulu. Saya dapat berjumpa dengan banyak artis-artis. Saya tentu akan hadir pementasan tersebut jika diadakan lagi.

    ReplyDelete
  3. Ini adalah kali pertama saya menghadiri persembahan atas pentas dalam berbahasa Melayu. Walaupun ia berasa aneh, saya rasa persembahan ini sungguh menarik.

    Persembahan ini juga laion daripada yang lain. Muzik yang dimainkan secara langsung sungguh menakjubkan dan persembahan joget dan lakonannya juga sungguh menarik tetapi, apabila lakonan bangsawan dimainkan, saya agak keliru dengan persembahan itu.

    Walaubagaimanapun, saya memahami jalan cerita itu secara keseluruhan. Saya juga rasa bertuah kerana dapat menonton persembahan Anak Wayang ini.

    ReplyDelete
  4. Shakun said..
    Saya telah menonton persembahan Anak Wayang pada Sabtu, 27 Mac 2010 di Victoria Theatre. Persembahan tersebut telah persembahkan oleh kumpulan seni Sri Warisan, Sriwana, pelakon Sharil Wahid, Sri Anggerik dan Sri Mahligai. Anak wayang ialah suatu permentasan muzikal yang merangkan kisah cinta dan budaya Melayu dari zaman dahulu sehingga zaman kini. Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang mempunyai impian untuk menjadi seorang Anak Wayang dari umur yang muda dan akhirnya dia mencapai impiannya tetapi telah meninggal dunia kerana terlalu tertekanan tetapi tidak pernah ditunjukkannya. Kisah hidupnya diceritakan oleh suaminya. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan acara ini dan mesej yang sasya bawa pulang ialah supaya tidal membiarkan tradisi Melayu hilang begitu sahaja.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya,Anak Wayang adalah satu persembahan teater yang amat menarik! Anak Wayang bukan sahaja menunjukkan sejarah melayu, ia juga menunjukkan sejarah tarian melayu.

    Saya telah belajar perkara-perkara baru seperti kepelbagaian tarian dan juga kehidupan sejarah melayu. Tarian-tarian melayu yang dipersembahkan sungguh menarik dan saya rasa terharu dengan lagu-lagu yang dinyanyi oleh penyanyi kumpulan Sri Mahligai. Saya juga terkesan oleh Okestra Sri Mahligai yang mempersembahkan lagu-lagu secara langsung tanpa kesilapan.

    Saya tertarik akan baju-baju tradisi melayu dahulu. Warna baju kurung dan corak baju-baju yang dipakai oleh penghibur sungguh cantik dan menarik.

    Sebagai seorang murid yang cinta akan seni drama, saya berasa kagum dengan lakonan mereka. Saya tidak sangka bahawa persembahan teater melayu lebih bagus daripada persembahan teater inggeris.

    Anak Wayang juga dapat membuka hati remaja-remaja dan anak-anak melayu kini. Pada hari ini, sejarah melayu dianggap tidak penting. Dengan adanya pementasan Anak Wayang, saya percaya bahawa ia akan mempertingkatkan kepentingan sejarah melayu.

    ReplyDelete
  6. Saya amat gemar dengan persembahan 'Anak Wayang'.Pada pendapat sya,ia lebih menarik daripada muzikal,'Towkay Wayang' yanag telah saya saksikan tahun lepas.

    Saya terutamanya amat menggemari tarian-tarian yang dipersembahkan dalam 'Anak Wayang'.Sebagai seorang penari,saya amat meminati berbagai-bagai tarian,terutamanya,tarian tradisional.

    'Anak Wayang' mempunyai ramai pelakon-pelakon dan juga penari-penari yang amat berkaliber.Saya suka sangat dengan Senario satu,senario lima dan juga senario keenam.Saya berharap agar saya dapat ke muzikal Melayu pada masa mendatang.

    ASHRIQAH NISHA!;)

    ReplyDelete
  7. Pada 27 Mac 2010, saya dan rakan-rakan saya daripada kelas Bahasa Melayu saya telah menyaksikan muzikal bernama 'Anak Wayang'. Saya berasa ragu-ragu untuk menonton muzikal ini kerana bimbang bahawa saya tidak akan memahami muzikal ini. Jika say tidak memahamimuzikal ini, saya tidak akn dapat menikmatinya.

    Selepas muzikal ini selesai, saya berasa puas hati dengan muzikal ini. Pelakon utama muzikal ini, Shahril Wahid, melakukan prestasi yang baik. Saya suka akan penampilannya kerana wataknya mimilikibanyak emosi seperti bahagia dan sedih. Selain itu, saya suka 'Anak Wayang' kerana ia membahas tentang sejarah dan perkembangan tarian Melayu. Saya belajar berbagai tarian Melayu seperti Serampang 12.

    Saya telah mempelajari tentang budaya dan tradisi Melayu apabila Menyaksikan muzikal 'Anak Wayang'ini. Ia satu pengalamn yng saya tidak akan lupakan. Saya sememangnya tidak menyesal mengorbankan hari Sabtu saya untuk menyaksikan muzikal 'Anak Wyang'.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    Pertama sekali saya amat menghargai sokongan anda semua terhadap pementasan kesenian Melayu seperti Anak Wayang. Terimakasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa menghadiri pementasan ini.

    Teater seperti ini merupakan wadah untuk generasi muda Melayu (khususnya anda yang dibangku sekolah) untuk mengenali kesenian dan budaya bangsa kita. Seni tari klasik seperti Harvest, Serampang 12, Dondang Sayang dan sebagainya yang dipersembahkan dalam pementasan ini adalah bertujuan untuk menghidupkan kembali kegemilangan budaya Melayu kita.

    Anak Wayang bukan saja menyuruh kita melihat kebelakang, tetapi membuat kita renung akan nasib kita sebagai bangsa Melayu di masa yang akan datang. Apakah kita akan dapat mengenalpasti jati diri kita sebagai orang Melayu dengan ciri2, adat resam, budaya dan kesenian kita? Atau kita akan kehilangan warisan dan pedoman kita ini dan bulat2 mengikut pengaruh2 dari luar? Inilah yang menjadi tandatanya dan kesimpulan pementasan Anak Wayang.

    Saya harap pementasan seperti ini dapat sedikit sebanyak memberi kesan yang baik dan positif kepada anda semua yang bakal mewarisi teraju budaya dan bangsa kita di masa akan datang.

    Terimakasih.

    Ariffin Abdullah
    Ketua
    Sri Mahligai

    ReplyDelete
  9. Malangnya,tahun ini,saya tidak dapat menghadiri pementasan 'Anak Wayang'. Namun,saya bertuah kerana telah diberi peluand untuk menghadiri pementasan 'Towkay Wayang' tahun lepas.

    Cerita 'Towkay Wayang' sangat menarik dan pada masa yang sama menyadihkan. Ia mengenai seorang ibu yang telak kehilangan anaknya sewaktu peperangan.Mereka berpisah untuk masa yang lama. Namun, mereka dapat temu kembali dan berasa gembira. Selama pementasan itu,banyak lagu-lagu yang menarik telah dimainkan. Saya sungguh menyukai pementasan Towkay Wayang.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Encik Ariffin Abdullah kerana telah sudi memberi pendapat anda.

    Pada pendapet saya, Towkay Wayang pada tahun lalu lebih senang untuk difahami daripada Anak Wanyang tahun ini.Dari segi jalan cerita, Towkay Wayang lebih menarik.

    Akan tetapi, pada tahun ini persembahannya lebih meriah dengan persembahan daripada kumpulan Sriwana, Srianggrek dan Sri Mahligai.Tarian-tarian yang dipersembahkan menarik perhatian saya.Pakaian-pakaian mereka amat kreatif.Anak wayang memanfaatkan juga kerana terdapat klip-klip video tentang bangsawan-bangsawan pada zaman dahulu.Saya dapat mempelajari bahawa tidak senang untuk menjadi seorang anak seni pada zaman dahulu.Mereka mengharungi banayak masalah untuk meneruskan cita-cita mereka.

    Saya juga berasa amat bersyukur kerana sudah diberi peluang untuk menghadiri pementasan Anak Wayang pada tahun ini.Ada ramai rakan-rakan saya dari sekolah-sekolah lain yang igin pergi tetapi tidak diberi peluang.

    Saya berasa bahawa Marina Yusoff telah berjaya menjayakan pementasan yang amat menarik.Saya berharap bahawa beliau akan mementaskan lagi pementasan seperti Anak Wayang pada tahun-tahun yang akan mendatang.

    Nadiah

    ReplyDelete
  11. Pada pendapat saya, pementasan Towkay Wayang yang dipentaskan pada tahun yang lepas amat menarik dan berpengajaran.Jalan pementasan dan bahasa yang digunakan amat saya gemari kerana bahasa Melayu sebenar sudah lesap dan yang tinggal hanya bahasa Melayu pasar yang amat berbeza dengan bahasa yang digunakan dahulu. Jalan ceritanya amat menarik dah ianya mengajar saya banyak tentang kehidupan dahulu. Jalan pementasan Towkay Wayang juga amatenyeronokkan, dan dapat menggerakkan hati penonton. Syabas!

    ReplyDelete
  12. Pada pendapat saya, anak wayang adalah persembahan yang sangat baik. Persembahan-persembahannya sangat menarik dan indah. Ia telah memgajar saya tentang Singapura pada zaman dahulu dan juga tentang tarian zaman dahulu. Kisah cinta yang terdapat dalam persembahan ini sangat lucu dan juga menyedihkan. Saya ingin pergi ke pementasan seperti ini lagi! (:

    ReplyDelete
  13. Terima kasih adik-adik diatas sokongan yang telah diberikan. Kak Marina benar2 terharu dan rasa teruja dengan ulasan serta pandangan bernas adik2 terhadap kesenian melayu tempatan ini. Teruskan perjuangan anda semua untuk terus memartabatkan kesenian melayu sekaligus memberi sokongan padu. Alhamdulillah Kak Marina rasa kepuasan sekurang-kurangnya pementasan ANAK WAYANG ini benar-benar dapat meninggalkan kesan yang mendalam dijiwa adik2 serta anak-anak wayang generasi mendatang. terima kasih juga buat Cikgu Hezrina yang terus memupuk semangat anak2 remaja di CHIJ Katong Convent, syabas! - Yang ikhlas MARINA YUSOFF

    ReplyDelete
  14. Asslamualaikum,

    Terlebih dahulu, terima kasih di atas sokongan terhadap kegiatan seni setempat terutama sekali dengan menghadiri pementasan "Anak Wayang". Saya harap ia sedikit sebanyak dapat meninggal kesan untuk difikiran dari segi pemikiran, adat, keadaaan sosial, budaya orang melayu dalam era era yang telah ditonjolkan.

    Sebagai generasi mendatang, saya percaya ini boleh membuat kita lebih intim dan dekat dengan bangsa kita sendiri. Saya rasa ini amat penting.

    Teruskan perjuangan dalam mencari ilmu. Hanyalah dengan ilmu kita akan menjadi seorang yang berjaya dan di hormati.

    Ikhlas,
    Shahril Wahid
    Pelakon
    'Anak Wayang'

    ReplyDelete