KAMI INGIN....

Mendapatkan gred Kepujian A1 atau A2 untuk Bahasa Melayu!
Belajar bersungguh-sungguh!
Cuba dan cuba dan cuba lagi!
Membuat Cikgu Hezrina bangga akan kami!!

Thursday, March 04, 2010

Ujian Penggal 1

Setelah berminggu-minggu pelajar-pelajar menengah 5NA bertungkus-lumus belajar untuk ujian penggal 1... Akhirnya berakhir sudah ujian yang mereka duduki...
Jadi bagaimanakah perasaan mereka setelah mendapati kembali keputusan untuk kesemua mata pelajaran? Apakah perasaan mereka setelah menjadi kembali keputusan bahasa Melayu mereka dan apakah yang ingin dilakukan untuk mempertingkatkan lagi keputusan mereka kelak?

Cikgu Hezrina

13 comments:

  1. Walaupun markah saya C6, i bersyukur bahawa saya lulus. Saya akan mencuba lagi dan saya tidak akan putus asa! Saya akan dan BOLEH mendapatkan gred A untuk bahasa melayu saya!

    Saleha :)

    ReplyDelete
  2. Apabila saya menerima keputusan Bahasa Melayu, saya berasa kecewa kerana saya telah gagal dengan markah yang rendah. Untuk keputusan untuk kesemua mata pelajaran, saya belum lagi dapat kertas Matematik saya sahaja dan saya lulus semua mata pelajaran saya kecuali Melayu.Ini mengembirakan saya.

    Saya ingin belajar lagi banyak perkataan Bahasa Melayu untuk bertambah baik perbendaharaan kata saya yang lemah. Saya harap ini akan bertambah baik markah Bahasa Melayu saya. :D

    Nisha

    ReplyDelete
  3. saya berasa amat gembira kerana dapat mencapai markah yang saya ingini,malahan,saya mendapat markah yang terbaik di kelas =)terima kasih cikgu kerana telah menghadiahkan saya coklat.semoga saya boleh mendapat A1 untuk peperiksaan peringkat O nanti. Dengan bantuan cikgu pasti saya boleh mencapai markah itu.

    aminah=)

    ReplyDelete
  4. Saya bersyukur bahawa saya lulus ujian bahasa Melayu saya tetapi saya tahu bahawa saya boleh buat dengan lebih bagus lagi. Saya akan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan gred yang lebih bagus untuk peperiksaan peperiksaan yang akan datang dan insya'Allah, di peringakat O, saya akan mendapat Gred Kepujian.

    ReplyDelete
  5. Munirah Bibi said...

    Saya tidak dapat menduduki Kertas 2 untuk CA1 kerana hal-hal tertentu dan kerana itu, saya tidak ada markah pernuh untuk Bahasa Melayu buat penggal ini. Walaupun begitu, saya dapat menduduki Kertas 1 iatu Dialog dan Karangan. Saya berasa sungguh bangga dengan pencapaian saya untuk Dialog kerana saya mendapat markah yang tinngi, 16/20. Inilah kali pertama saya mendapat markah untuk Dialog setinggi itu. Untuk Karangan pula, saya mendapat markah yang rendah, 30/50. Saya tahu saya akan mendapat markah yang rendah untuk Karangan kali ini kerana saya kurang suka menulis Karangan Ekspitory.

    Walaubagaimanapun, saya akan cuba untuk mempelajari teknik-teknik yang berguna untuk Karangan Ekspitory kerana jika soalan seperti ini keluar untuk O Level, saya tidak akan ada masalah menjawab. Untuk Kertas 2 pula, saya akan membuat banyak latihan dari buku TYS dan menghafal kesemua 100 peribahasa yang ada. Inilah salah satu cara yang saya harus lakukan untuk mendapat keputusan cermelang diperingkat O. Susah sekarang, senang kemudian. :)

    ReplyDelete
  6. Setelah menerima keputusan untuk mata pelajaran bahasa Melayu, saya amat kecil hati kerana tidak mendapat gred yang diingini. Walaubagaimanapun, saya tetap akan berterusan dan tidak akan berputus asa kerana saya tahu bahawa saya ada potensi untuk meningkatkan gred saya yang tidak memuaskan hati ini. Cikgu telah memberikan kami pelbagai teknik-teknik untuk membantu kami. Dengan teknik-teknik ini saya harap saya dapat memahami dah menghafalkannya semua apabila kertas Melayu peringkat 'O' tiba.
    Mata pelajaran yang lain juga tidak memuas hati kerana saya tidak membuat kertas dengan sepenuh hati. Apa lagi apabila kertas untuk peringkat 'O' lebih mencabarkan. Jadi, saya telah memberitahu diri saya supaya jangan membuang masa untuk berkecil hati atau merendahkan diri kerana ada masa dan ruang untuk memperbaiki diri.
    Saya juga harap agar semua kawan-kawan sedarjah saya tidak akan berputus asa kerana ini adalah pusingan yang terakhir sekali. Selamat belajar kawan-kawan!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Apabila menerima kertas ujian penggal 1 saya, saya berasa kecewa kerana saya telah gagal. Tetapi saya tidak berkecil hati kerana saya akan berkerja bersungguh-sungguh untuk ujian yang akan datang. Saya juga akan memperbaikan diri dalam bahagian yang saya lemah dengan membuat banyak praktis selain dari kerja rumah sekolah. Saya berharapkan yang saya boleh mencapai B3 dan ke atas untuk GCE 'O', dengan berkerja keras.
    Shakun.

    ReplyDelete
  8. Saya amat kecewa setelah mendapat balik semua keputusan saya.Untuk keputusan bahasa melayu, saya telah meraih grad B4.Walaupun saya mendapat B4,saya akan tetap bekerja keras sehingga saya mencapai grad cemerlang,ia itu A1.Saya akan mengulangkaji pelajaran ini tiga kali seminggu untuk mempertingkatkan lagi keputusan saya kelak.Sya yakin saya boleh meraih grad A2 untuk peperiksaan selanjutnya.Insyaallah.NaZAR:)

    ReplyDelete
  9. Nabila said,
    Saya amat kecewa terhadap keputusan saya kerana saya tahu bahawa saya boleh mendapat gred kepujian tetami disebabkan kemalasan dan keangkuhan saya terhaadap pelajaran(kesemuanya) saya tela mendapatkan gred B4. Ianya sangat mengecewakan. Walaubagaimanapun, saya yakin bahawa saya akan mendapatkan gred yang lebih baik untuk ujian seterusnya.

    ReplyDelete
  10. Diyanah said ,
    Walaupun saya mendapat C5 untuk keutusan Ca, saya tetap bersyukur kerana telah lulus dalam bahasa melayu. Tetapi saya tahu bahawa saya boleh mendapat kuputusan yang lebih baik kalau saya menaruhi lebih kerja keras. saya rasa yang perbezaan antara O level dan N level sangat besar dan itulah yang membuat saya tidak siap. Walaupun begitu, saya tidak akan berputus asa dan akan terus belajar dengan keras supaya mendapat keputusan yang memuaskan.

    ReplyDelete
  11. Saya berasa amat kecewa atas keputusan yang telah dikembalikan. Saya tahu bahawa saya boleh mendapat keputusan yang lebih baik jikalau saya berusaha dengan lebih gigih. Saya akan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang akan datang.

    Nadiah.

    ReplyDelete
  12. Walaupun saya dapat D7,saya yakin bahawa says boleh kerja keras untuk mendapatkan markah yang lebih bail untuk CA2.Dengan lebih usaha saya akan membuat saya dan cikgu saya lebih bangga terhadap saya.

    Ashriqah:)

    ReplyDelete
  13. Sareeta said...

    Saya akan belajar dengan lebih tekun lagi supaya saya akan dapat gred kepujian untuk bahasa melayu. Saya harap saya akan lulus dalam ujian yang akan datang.

    ReplyDelete