Kami bertiga (Aminah, Annisa dan Munirah) telah dipilih untuk menghadiri Seminar Inspirasi Geliga pada 8 Februari 2010 lalu di SPH. Seminar ini sangat bermanfaat kerana kami dapat mempelajari beberapa tips kejayaan yang dapat menolong dalam pelajaran kami. Tetamu undangan seminar tersebut ialah Syafiqah Nabila, 12 tahun dan Sarah Raihanah, 16 tahun. Mereka telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan nasional dan telah membanggakan anak bangsa Melayu. Pencapaian mereka menunjukkan bahawa anak-anak Melayu juga mampu meraih kejayaan jika mereka bekerja keras dan memberi seratus peratus komitmen dalam mata pelajaran mereka. Berikut adalah tip-tip yang boleh diamalkan untuk meraih kejayaan:
1. Doa dari ibu bapa
2. Kerja Keras
3. Belajar setiap hari selama dua jam
4. Membuat kesemua kerja sekolah yang diberikan
5. Memberi tumpuan di dalam kelas semasa pembelajaran
6. Belajar dengan konsisten
Thursday, March 04, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tip-tip yang diberikan semua sama, bekerja keras, konsisten dalam pelajaran, memberi seratus peratus tumpuan di dalam kelas dan senarainya..............panjang lagi(malas hendak senaraikan kesemua). Semua tip-tip yang diberikan tidak susah untuk diikut tetapi bergantung kepada setiap inidividu sama ada mereka hendak melakukannya atau tidak.
ReplyDeleteBagi saya,untuk mendapat kejayaan, motivasi sungguh penting kerana saya pasti ada beberapa orang di sisiran saya percaya bahawa saya tidak akan mengecewakan mereka.
Saya berpendapat yang tip-tip yang diberikan oleh pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan nasional boleh membantu saya untuk meningkatkan Bahasa Melayu saya. Walaupun saya lemah, saya boleh mencuba tip-tip yang diberikan. Semoga tip-tip ini akan membantu saya.
ReplyDeleteShakun.
Semua tip-tip yang diberikan amat berguna.Tetapi pada pendapat saya tip-tip ini hanya berguna jika pelajar ingin mengikutinya.Bagi saya,saya tidak boleh meraih grad yang cemerlang kerana kesuntukkan masa.Saya telah mempelajari untuk mengimbangi masa saya dan juga membuat jadual waktu untuk belajar.Tetapi,saya harus menanamkan sifat disiplin di dalam diri saya terdahulu.NaZAR:)
ReplyDeleteTip-tip yang diberikan memang berguna dalam pelajaran kita. Tetapi, pada pendapat saya, ia hanya berguna jika pelajar tidak menggunakannya dengan teliti, ia tidak boleh menolong kita. Saya akan cuba menggikut tip-tip yang diberikan untuk memperbaiki Bahasa Melayu saya yang lemah dan subjek-subjek lemah saya seperti matematik tambahan :D
ReplyDeleteTip -tip yang telah diberikan kesemuanya amat bagus,tetapi ianya terpulan kepada individu-individu sendiri jika mereka mahu mengikutinya atau tidak. (nabila)
ReplyDeleteTip-tip yang diberi oleh para pelajar akan membantu saya didalam peperiksaan sekolah dan juga diluar sekolah. Tip-tip yang diberi memberi motivasi kepada diri saya kerana tip-tip itu akan membuat saya sedar di dalam diri saya supaya saya boleh berjaya dalam peperiksaan. Tetapi, setiap pelajar ada "mindset" kesendirian dan kerana itu para pelajar tidak akan terus mengikut tip-tip yang diberi oleh pelajar itu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletePada pendapat saya, tip-tip yang diberi amat berguna dan dapat membantu saya dalam mengulangkaji pelajaran untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Ia juga membantu saya dalam kehidupan sosial saya.
ReplyDeleteNadiah.
Pada pendapat saya, tip-tip yang diberi sungguh berguna. Ia akan membantu murid-murid dalam pelajaran dan mendapatkan keputusan yang cemerlang.
ReplyDeleteTetapi, tip-tip tersebut tidak akan ada gunanya jika pelajar tidak mahu mengikutinya ((seperti kata Nabila))
Tip-tip tersebut memang mudah jika dibaca dan dikata. Pada pendapat saya, pelajar harus berdisiplin untuk menjalankan tip-tip yang diberi. Dengan itu, barulah pelajar boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya.
Pada pendapat saya,tip-tip yang diberikan sangat berguna.Tetapi,ia terpulang kepada setiap individu untuk mengikut tips-tips tersebut.
ReplyDeleteIa akan membantu saya dalam peperiksaan,ujian dan mungkin kehidupan sosial saya.
Ashriqah:)
Pada pendapat saya, tip-tip tersebut berguna kerana ia akan tolong kami untuk memperbaiki bahasa kami.
ReplyDeleteSaya harus mengikut tip-tip saya sendiri untuk menggalakkan diri saya untuk memdapat gred kepujian untuk bahasa melayu.