KAMI INGIN....

Mendapatkan gred Kepujian A1 atau A2 untuk Bahasa Melayu!
Belajar bersungguh-sungguh!
Cuba dan cuba dan cuba lagi!
Membuat Cikgu Hezrina bangga akan kami!!

Wednesday, March 24, 2010

Bengkel Cerpen & Persembahan Secara Lisan

Pada cuti sekolah yang lalu, pada tanggal 18hb Mac 2010, kami sekelas dikehendaki menghadiri  bengkel Cerpen & Persembahan Secara Lisan yang dianjurkan oleh syarikat Mindaktif. Bengkel itu dibahagikan kepada 2 bahagian. Yang pertama, bahagian penyampaian secara lisan dan yang kedua bahagian menulis cerpen.

Bengkel ini amat berguna kerana kami dapat mempelajari cara-cara untuk menyampaikan sebuah berita dan kami juga mempelajari proses menulis sebuah cerpen. Secara berkumpulan, kami telah menghasilkan sebuah cerpen di akhir bengkel ini.

Kami juga telah mempelajari cara bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu yang formal. Bengkel ini dapat mempertingkatkan keyakinan diri kami kerana kami dapat mempelajari tips-tips menyampaikan sesuatu berita dengan baik.

Di sini kami lampirkan klip video dari salah seorang daripada rakan sekelas kami. Semoga terhibur dengan berita tergempar mengenai Makcik Keropok ini!


10 comments:

  1. Saya telah mempelajari beberapa hal daripada bengkel itu.Seperti bagaimana untuk menjadi seorang penyampai yang baik di bengkel persembahan secara lisan.Kita juga disuruh menulis berita yang singkat dan kita harus mempersembahkannya di hadapan kelas.Setelah itu setiap pelajar di beri sedikit ulasan supaya dapat memperbaiki diri.Di bengkel cerpen,kita diberi peluang untuk menulis cerpen secara kumpulan.Tentunya,kumpulan saya berasa seronok sekali kerana saya rasa,cerpen kami amat menarik dan lucu.Saya berharap dapat menghadiri bengkel-bengkel seperti ini lagi=)

    AMINAH!

    ReplyDelete
  2. Saya amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusunkan semasa bengkel ini dijalankan kerana saya telah mendapat tips-tips yang berguna yang boleh saya gunakan dalam hidup seharian saya seperti bagaimana untuk berinteraksi dengan orang ramai dengan mempunyai keyakinana diri yang tinggi tanpa berasa segan silu dalam aktiviti: bergelar sabagai seorang penyampai berita di sesi yang pertama benkel ini. Aktiviti ini juga mengajar saya untuk bertutur dengan betul dan menyampaikan berita saya dengan jelas dengan penuh keyakinan dalam apa yang saya sampaikan.

    Di sesi yang kedua, sesi yang menarik hati saya sekali iaitu sesi menulis cerpen. Saya amat tertarik kepada sesi kedua ini kerana saya tidak pernah menulis cerpen dan semasa sesi ini dijalankan, saya dan kawan-kawan sekelas telah diberikan peluang untuk menulis cerpen kami dalam kumpulan masing-masing dan kami ditugaskan untuk hasilkan cerpen kami tersendiri.

    Pada keseluruhannya, bengkel ini adalah suatu benkel yang boleh dikatakan sebagai "eye-opener" kepada saya kerana ini adalah kali pertama saya menhadiri bengkel seperti ini dan saya dapat mempelajari benda-benda baru yang sangat berguna kepada diri saya.

    ReplyDelete
  3. Walaupun kami dikehendaki untuk pulang ke sekolah untuk menghadiri bengkel ini pada cuti sekolah Mac, saya berasa sungguh berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Tips- tips yang saya pelajari di bengkel ini bukan hanya akan menolong saya dengan Bahasa Melayu saya tetapi juga dengan kualiti hidup saya.

    Di anatara dua sesi yang kami hadiri, sesi yang menarik hati saya sekali iaitu sesi menulis cerpen. Saya kagum dengan penulisan yang ditulis oleh guru kami iatu Cikgu Adam.
    Itulah kali pertama saya menghadiri bengkel menulis. Tips-tips yang dikongsi sungguh berfaedah. Kami diberi peluang untuk menulis cerpen dengan kumpulan kami sendiri. Bagi saya, dengan membenarkan kami menulis cerpen secara kumpulan adalah suatu idea yang baik kerana kami sekumpulan dapat berkongsi idea-idea untuk memperbaiki lagi kualiti cerpen kami.

    Saya berharap dapat menghadiri bengkel-bengkel seperti ini lagi supaya saya dapat memperbaiki penggunaan bahasa Melayu saya. :)

    ReplyDelete
  4. Saya berasa sangat berpuas hati dengan bengkel itu. Saya telah mempelajari banyak perkara selepas menghadiri bengkel itu.

    Di benkel Persembahan Secara Lisan, saya mempelajari bagaimana hendak menjadi penyampai yang baik. Pada pendapat saya, ini sangat berfaedah kerana ia mangajar saya bagaimana hendak menyebut perkataan-perkataan dengan cara yang betul.

    Di bengkel Cerpen, kita dikehendaki mengarang sebuah cerpen dengan kumpulan kami. Ia sangat menyeronokkan. Saya rasa bahawa cerpen yang kumpulan saya telah mengarang sangat lucu dan penuh dengan 'drama'.

    Saya berharap dapat menghadiri bengkel-bengkel seperti ini lagi (:

    ReplyDelete
  5. Setelah menghadiri bengkel cerpen dan persembahan secara lisan, pada 18hb Mac 2010 yang diadakan selama liburan Mac.

    Pada mulanya, saya memikirkan yang bengkel inin akan membosankan tetapi setelah berlangsung selama sepanjang hari, saya menukar pandangan saya terhadap semua bengkel Melayu yang akan menghadapi selama pelajaraan saya.

    Bengkel ini dimulai dengan sesi pertama, dengan permainan yang menolong kami membentukan perkataan.Aktiviti seterusnya juga sangat menarik. Kami sekumpulan disuruh membincangan ciri-ciri seorang penutur sepatutnya memiliki.Selepas berbincang dan mencetatkan kepada kertas yang besar, ahli kumpulan disuruh untuk menyampaikan kerja kami kepad kelas. Kami juga disuruh menulis berita dan semua murid disuruh menyampaikan berita kami dengan kelas. Selepas, membaca, lami diberikan komen-komen untuk memperbaikan cara membaca.

    Sesi kedua adalah bengkel yang pengajarkan kami meunis sebuah cerpen yang baik. Selepas guru pada hari itu sudah jelaskan semua yang berada dalam penulisan cerpen, kami diberikan dua cerpen untuk membaca. Seterusnya, kami dihendaki untuk ke dalam kumpulan dan menulis cerpen. Saya berpendapat bahawa sesi menulis cerpen itu sangat berkesan kerana kami sekumpulan dapat berkongsi idea kami untuk menulis sebuah cerpen.
    shakun

    ReplyDelete
  6. Saya berasa amat puas hati dengan bengkel yang saya menghadiri pada 18hb Mac 2010. Saya telah mempelajari banyak perkara yang saya boleh menggunakan untuk memanfaatkan Bahasa Melayu saya yang agak lemah.

    Bengkel pertama yang saya menghadiri ialah Bengkel Persembahan Secara Lisan.Keyakian diri saya bertambah lagi apabila kita mesti menyampaikan kerja kita di depan kelas. Saya berasa gugup tetapi saya dapat menghabiskan persembahan saya. Saya pun belajar macam mana untuk menyebut perkataan dengan lancar.

    Bengkel kedua ialah menulis cerpen. Selepas kita diberi tips-tips untuk menulis cerpen, kumpulan saya, cuba menulis cerpen kita sendiri. Saya, Saleha dan Shakun berjaya menulis cerpen kita. Saya berasa amat puas hati dengan cerpen kita. Kita sekumpulan beekerja sama dan berkongsi idea-idea kita untuk menulis cerpen kita. Saya berasa amat bangga dengan cerpen dan kumpulan saya.

    Walaupun saya mesti banggun pagi untuk menghadiri bengkel-bengkel tersebut, ia layak masa saya. Saya berharap tips-tips yang saya telah mempelajari pada hari itu boleh memanfaatkan Bahasa Melayu saya yang agak lemah.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya, ini adalah kali pertama bagi saya untuk menyertai bengkel berbahasa Melayu. Pada mulanya saya ingatkan bengkel ini seperti bengkel-bengkel saya menyertai yang akan membosankan tetapi ia bersebaliknya.

    Kami bermula dengan bengkel Persembahan Secara Lisan. Bengkel ini yang dipersembahkan oleh Cikgu Jamali telah memberi kami pelbagai tip-tip untuk memberi ucapan kepada sekumpulan orang, menggunakan Bahasa Melayu dengan formal supaya Bahasa Pasar tidak akan menjadi kebiasaan dan juga bagaimana untuk mempertingkatkan keyakinan diri dan cara-cara untuk mengatasi kegugupan sebelum memberi ucapan. Kami juga tulis sebuah berita dan harus mengucapkan berita itu kepada kelas sedarjah kami. Klip video di atas itu, itulah berita saya. (Ketawa berdekit-dekit)

    Yang kedua pula, bengkel cerpen(iaitu Cerita Pendek), Cikgu Adam, seorang penulis yang mempunyai pengalaman dalam segi tulisan. Dia telah menunjuk kami beberapa klip video yang telah dia menulisi skrip-skrip untuk pelakon -pelakon di dalam video itu. Tidak saya sangka cerpen mempunyai bankyak perkataan. Kata sahaja cerita pendek tetapi lebih perkataan daripada karangan kami. Walaubagaimanapun, ia sungguh menarik apabila ingin menulis sebuah cerpen. Kami semua telah diberi peluang untuk menulis sebuah cerpen dengan bantuan Cikgu Adam.

    Dalam keseluruhan, bengkel-bengkel ini telah memberikan faedah-faedah bukan sahaja untuk peperiksaan peringkat 'O' nanti tetapi untuk selama-lamanya. Ia boleh digunakan untuk masa depan.

    ReplyDelete
  8. Ia kali pertama saya meyertai bengkel sebegitu.Terutamanya,bengkel sebegitu yang berbahasa dalam bahasa Melayu.

    Aktiviti-aktiviti yang telah disusunkan untuk kami sekalas.Sya amat suka seklai dengan aktiviti yang pertama,bila guru tersebut menyuruh kami berduduk di dalam linkaran dan melibatkan kami dalam permainan yang memerlukan kami fikir dengan cepat akan perkataan itu.Sya dapati bahwa saya tidak baik dalam bidang perbendaharaan kata saya dan saya harap dapat memperbaiki masalah itu.

    Sayabersukaria dengan bengkel penulisan cerpe dan harap say dapat menulis cerpen yang lebih baik di masa depan.

    Kedua-dua bengkel ini membawa banyak faedah dan saya harap dapat menggunakan keahlian ini di dalam peperiksaan GCE'O' LEVEL saya nanti.

    ASHRIQAH NISHA!:)

    ReplyDelete
  9. Ini adalah kali pertama saya menyertai bengkel berbahasa melayu. Pada mulanya, saya sangka bengkel Cerpen dan Persembahan Secara Lisan membosankan dan membuang masa. Tetapi, sebaliknya, bengkel yang saya hadiri sungguh menyoronokkan!

    Pada sesi pertama adalah bengkel Persembahan Secara Lisan. Saya telah memperlajari banyak perkara dari bengkel tersebut. Bengkel tersebut memperbaikkan lagi persembahan saya secara seorang penyampai. Tips-tips serperti berpidato dihadapan orang ramai, menyebut sebutan 'r' dengan jelas dan membaca dengan serpurna. Ia juga boleh membantu saya didalam peperiksaan lisan peringkat 'O' saya. Aktiviti secara kumpulan telah merapatkan hubungan dengan kawan sedarjah saya.

    Sesi kedua adalah bengkel Cerpen. Setelah mengahadiri bengkel Cerpen tersebut, saya dapati bahawa menulis cerpen sungguh seronok! Bengkel tersebut menambah lagi kreativity saya. Saya sungguh bangga dengan kerjatangan cerpen kumpulan saya! Saya berasa cerpen tersebut sungguh dramatik dan menarik.

    Saya harap bengkel-bengkel serperti ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang. Saya PASTI saya akan hadir bengkel tersebut!

    ReplyDelete
  10. Bengkel tersebut sangat menghiburkan dan telah mengajar saya tentang seorang penyampai yang baik. Saya lebih mempelajari banyak dari sesi kedua kerana ia telah mengajar kami cara-cara menulis cerpen dan kami juga menggunakan cara-cara tersebut untuk menulis cerpen kami secara kumpulan.

    Ia adalah satu bengkel yang sangat memuaskan.Saya harap untuk mengahadir bengkel-bengkel sedemikian.

    Saya tentu akan menggunakan cara-cara yang diajar dalam kerja sekolah saya.

    ReplyDelete