Pada cuti sekolah yang lalu, pada tanggal 18hb Mac 2010, kami sekelas dikehendaki menghadiri bengkel Cerpen & Persembahan Secara Lisan yang dianjurkan oleh syarikat Mindaktif. Bengkel itu dibahagikan kepada 2 bahagian. Yang pertama, bahagian penyampaian secara lisan dan yang kedua bahagian menulis cerpen.
Bengkel ini amat berguna kerana kami dapat mempelajari cara-cara untuk menyampaikan sebuah berita dan kami juga mempelajari proses menulis sebuah cerpen. Secara berkumpulan, kami telah menghasilkan sebuah cerpen di akhir bengkel ini.

Kami juga telah mempelajari cara bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu yang formal. Bengkel ini dapat mempertingkatkan keyakinan diri kami kerana kami dapat mempelajari tips-tips menyampaikan sesuatu berita dengan baik.
Di sini kami lampirkan klip video dari salah seorang daripada rakan sekelas kami. Semoga terhibur dengan berita tergempar mengenai Makcik Keropok ini!