Tuesday, August 03, 2010
Kasih Ibu
Berikan komen kamu tentang klip video ini dan apakah yang dapat dipelajari melalui klip ini.
Wednesday, June 09, 2010
Komersial Petronas Hari Raya 2006
Ketaatan & Pengabaian Ibu bapa
Mereka juga mempunyai perasaan tetapi mengapa mereka dibuat sedemikian?
Merekalah pada suatu masa dahulu menjaga, mendidik dan mengasuhmu dengan penuh kesungguhan tanpa pernah mengenali erti rasa penat.
Bayangkan anak-anakmu berbuat begitu kepadamu.... apakah perasaanmu?
Apakah salah mereka dan wajarkah mereka dibuat sedemikian? Renungkanlah...

Thursday, April 01, 2010
...."Anak Wayang" adalah insan seni yang memperjuangkan diri dalam bidang seni yang diminati yang telah mendarah daging dalam diri mereka. Oleh kerana minat yang mendalam, dedikasi, komitmen dan usaha gigih, mereka terus terlibat menjadi "Anak Wayang" yang berbakat, bermartabat dan beradab.Tujuan utama pementasan ini agar arah tuju untuk usaha memertabatkan seni menjadi tanggungjawab bersama, disamping dapat mengeratkan silaturahim....(dipetik dan diubahsuai oleh publikasi Pementasan Anak Wayang 2010)
Kami berasa amat beruntung kerana telah diberi peluang dari pihak sekolah untuk menghadiri pementasan ini dengan Kelas Bahasa Melayu kami. Pementasan ini merupakan sambungan dari sebuah lagi pementasan yang telah kami hadiri tahun lalu iaitu pementasan "Towkay Wayang".
Kami dapat mempelajari banyak perkara semasa pementasan ini dipentaskan oleh artis-artis yang berbakat. Penari dan pemain muzik tidak kurang juga hebatnya. Yang paling menarik sekali ialah muzik-muik yang dimainkan secara langsung. Muzik-muzik tersebut penuh dengan irama dan emosi. Kebolehan kumpulan Sri Mahligai bermain alat-alat muzik tersebut sungguh mengkagumkan.
Pengajaran yang kami perolehi daripada pementasan ini tentulah banyak sekali di antaranya mengenai sejarah anak-anak wayang pada zaman dahulu. Ia sungguh menyeronokkan menonton klip-klip video mereka. Yang paling mencuitkan hati kami ialah puteri Marina Yusoff, Noshin Putri. Sungguh berbakat walaupun baru berusia empat tahun!
SYABAS ANAK WAYANG!!
Wednesday, March 24, 2010
Bengkel Cerpen & Persembahan Secara Lisan
Pada cuti sekolah yang lalu, pada tanggal 18hb Mac 2010, kami sekelas dikehendaki menghadiri bengkel Cerpen & Persembahan Secara Lisan yang dianjurkan oleh syarikat Mindaktif. Bengkel itu dibahagikan kepada 2 bahagian. Yang pertama, bahagian penyampaian secara lisan dan yang kedua bahagian menulis cerpen.
Bengkel ini amat berguna kerana kami dapat mempelajari cara-cara untuk menyampaikan sebuah berita dan kami juga mempelajari proses menulis sebuah cerpen. Secara berkumpulan, kami telah menghasilkan sebuah cerpen di akhir bengkel ini.
Kami juga telah mempelajari cara bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu yang formal. Bengkel ini dapat mempertingkatkan keyakinan diri kami kerana kami dapat mempelajari tips-tips menyampaikan sesuatu berita dengan baik.
Bengkel ini amat berguna kerana kami dapat mempelajari cara-cara untuk menyampaikan sebuah berita dan kami juga mempelajari proses menulis sebuah cerpen. Secara berkumpulan, kami telah menghasilkan sebuah cerpen di akhir bengkel ini.
Di sini kami lampirkan klip video dari salah seorang daripada rakan sekelas kami. Semoga terhibur dengan berita tergempar mengenai Makcik Keropok ini!
Thursday, March 04, 2010
Ujian Penggal 1
Setelah berminggu-minggu pelajar-pelajar menengah 5NA bertungkus-lumus belajar untuk ujian penggal 1... Akhirnya berakhir sudah ujian yang mereka duduki...
Jadi bagaimanakah perasaan mereka setelah mendapati kembali keputusan untuk kesemua mata pelajaran? Apakah perasaan mereka setelah menjadi kembali keputusan bahasa Melayu mereka dan apakah yang ingin dilakukan untuk mempertingkatkan lagi keputusan mereka kelak?
Cikgu Hezrina

Seminar Inspirasi Geliga 2010
Kami bertiga (Aminah, Annisa dan Munirah) telah dipilih untuk menghadiri Seminar Inspirasi Geliga pada 8 Februari 2010 lalu di SPH. Seminar ini sangat bermanfaat kerana kami dapat mempelajari beberapa tips kejayaan yang dapat menolong dalam pelajaran kami. Tetamu undangan seminar tersebut ialah Syafiqah Nabila, 12 tahun dan Sarah Raihanah, 16 tahun. Mereka telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan nasional dan telah membanggakan anak bangsa Melayu. Pencapaian mereka menunjukkan bahawa anak-anak Melayu juga mampu meraih kejayaan jika mereka bekerja keras dan memberi seratus peratus komitmen dalam mata pelajaran mereka. Berikut adalah tip-tip yang boleh diamalkan untuk meraih kejayaan:
1. Doa dari ibu bapa
2. Kerja Keras
3. Belajar setiap hari selama dua jam
4. Membuat kesemua kerja sekolah yang diberikan
5. Memberi tumpuan di dalam kelas semasa pembelajaran
6. Belajar dengan konsisten
1. Doa dari ibu bapa
2. Kerja Keras
3. Belajar setiap hari selama dua jam
4. Membuat kesemua kerja sekolah yang diberikan
5. Memberi tumpuan di dalam kelas semasa pembelajaran
6. Belajar dengan konsisten
Selamat Datang!!!!
Selamat datang ke blog Kelas 5NA 2010. Diharapkan blog ini dapat memanfaatkan dan akan dapat membantu kita semua mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih menarik lagi. Diharapkan juga agar pelajar-pelajar cikgu akan menggunakan blog ini sebaik mungkin.
Akan tetapi ingat... Jangan sekali-sekali menyalahgunakan blog ini.
Kalian dibenarkan berkongsi pengalaman dan juga informasi tetapi pastikan ianya semua berkaitan dengan pembelajaran bahasa Melayu.
Sila juga muat turunkan komen-komen ataupun pertanyaan-pertanyaan kamu jika ada di blog ini.
Sekali lagi diharapkan agar pelajar-pelajar cikgu yang dikasihi akan mendapat manfaat daripada penggunaan blog ini.
Sekian, Wasalam....

Subscribe to:
Comments (Atom)